Kerajaan Rancang Bina Kem Tentera Di Kudat - Abdul Rahim

Diterbitkan: Ahad, 8 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan merancang membina sebuah kem tentera yang mampu menempatkan satu batalion ketumbukan anggota tentera di Kudat, Sabah.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri berkata pembinaan kem itu penting untuk melengkapkan pertahanan negeri Sabah terutamanya di Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (ESSCOM).

Kerajaan juga akan menambah aset ketenteraan yang bersesuaian, selain meningkatkan keupayaan dan keberkesanan risikan untuk memastikan sebarang pencerobohan asing dan angkara terorisme dapat dibanteras, katanya.

"Rakyat juga diingatkan sentiasa memberikan kerjasama erat kepada pasukan pertahanan dan keselamatan negara dan tidak memberikan ruang kepada orang asing untuk mengganggu-gugat keutuhan kedaulatan negara.

"Rakyat diseru memberikan dan menyalurkan maklumat sahih kepada anggota pertahanan dan keselamatan negara sebarang aktiviti yang mencurigakan," katanya dalam kenyataan di sini, Ahad.

Bagaimanapun, Abdul Rahim berkata pihak tertentu diminta tidak meyebarkan berita palsu yang boleh menimbulkan keresahan dan ketakutan kepada rakyat. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan