Kerajaan Komited Bela Kebajikan Rakyat - PM

Diterbitkan: Ahad, 8 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa kerajaan komited dalam usaha membela rakyat dengan menjadikan kebajikan rakyat sebagai agenda penting kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata, usaha berterusan akan dilaksana bagi memastikan tiada kelompok rakyat tercicir daripada menikmati kehidupan yang baik di negara ini, yang disifatkan sebagai unik kerana terdiri daripada pelbagai kaum dan dijalini sikap saling menghormati.

"Sebagai sebuah kerajaan yang prihatin dan sentiasa memperjuangkan kesejahteraan dan kebajikan rakyat, usaha ke arah membasmi kemiskinan tegar serta meningkatkan pendapatan dan taraf hidup rakyat akan dipergiat," katanya.

Perdana Menteri berkata demikian pada Majlis Perkongsian dan Pelancaran Pelan Tindakan Program Pembangunan Komuniti Persatuan Jaringan Pembangunan Manusia Luar Bandar (DHRRA) Malaysia di sini malam Sabtu.

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan Kedua P. Kamalanathan.

Najib turut mengingatkan bahawa semua pihak, termasuk badan bukan kerajaan (NGO), sektor korporat, pemimpin masyarakat dan individu, perlu berganding bahu dengan kerajaan dalam membentuk sebuah negara berpendapatan tinggi.

Beliau juga memberi aku janji bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) akan memelihara kepercayaan dan amanah yang diberikan rakyat pada pilihan raya umum ke-13.

"Kami berikrar untuk memberikan penekanan kepada peningkatan ekonomi dan pembangunan manusia, bertujuan untuk mewujudkan tenaga kerja serta masyarakat yang mempunyai daya saing yang tinggi di arena global," katanya.

Dalam ucapannya, Perdana Menteri turut memuji tindakan DHRRA menerbitkan buku 'Laungan Kebenaran Dokumen Pengenalan Diri' sebagai bahan rujukan dalam berdepan isu berkaitan dokumen pengenalan diri yang diedar kepada 30,000 pemimpin masyarakat.

Sementara itu, Presiden DHRRA Malaysia, S. Saravanan berkata, pihaknya akan memfokus kepada 10 perkara menerusi Rancangan Pelan Tindakan Pembangunan Komuniti bagi tempoh 2013 hingga 2023.

Pelan itu akan menelan belanja RM2.95 juta dan bakal memanfaatkan 86,450 orang menerusi program seperti pembangunan wanita, belia dan sukan, kanak-kanak, projek mendaftar anak Malaysia, khidmat nasihat kaunseling dan undang-undang serta bimbingan pendidikan dan kerjaya.

DHRRA, yang merupakan NGO, juga mengumpul sumbangan berjumlah RM334,000 pada malam Sabtu untuk digunakan bagi menjana program berkenaan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan