Gejala Gengsterisme Beri Tamparan Kepada MIC - Subramaniam

Diterbitkan: Ahad, 8 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam melahirkan kebimbangan terhadap kecenderungan remaja India untuk terlibat dalam gejala gengsterisme, yang dilihat memberi tamparan kepada parti itu.

Menteri Kesihatan itu berkata, perangkaan 25 peratus remaja India terlibat dalam gejala berkenaan sangat membimbangkan namun MIc sudah mengambil usaha untuk mengekangnya, termasuk membawa perkara itu ke Kabinet.

"Kita dalam proses untuk memberi lebih peluang kepada remaja India dalam mendapatkan pekerjaan, kemahiran dan perniagaan... ini akan memberi peluang positif kepada mereka untuk tidak libatkan diri dalam aktiviti negatif," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pertandingan Bola Sepak Piala Tan Sri S. Subramaniam di Pusat Latihan Polis di sini, Sabtu.

Beliau berkata, MIC juga berhasrat membuka ruang pemulihan untuk remaja India yang terlibat dalam gejala gengsterisme.

"Kita boleh memberi peluang baik kepada mereka... kadang-kadang mereka sesat kerana banyak sebab, latar belakang dan sebagainya," katanya.

Subramaniam turut mengucapkan tahniah kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana melakukan banyak usaha bagi membanteras gejala ini.

Selain itu, beliau menyokong kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang bersetuju elaun petrolnya dipotong sebagai menyahut cabaran pembangkang agar kerajaan memulakan langkah berjimat-cermat melalui pemotongan elaun menteri.

"Kalau kerajaan sudah buat keputusan, Barisan Nasionalpun sudah putuskan, saya ikut sahaja," katanya.

Mengulas kenyataan Datuk Seri G. Palanivel yang memintanya memimpin MIC selepas 2016, Subramaniam berkata sebelum itu, beliau akan memainkan peranan yang amat positif sebagai timbalan presiden dan memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada Presiden MIC berkenaan.

"Lagipun, 2016 lama lagi," katanya - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan