Anggota Parlimen Lenggong Tawar Tanding Jawatan MT

Diterbitkan: Ahad, 8 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Shamsul Anuar Nasarah
Shamsul Anuar Nasarah

LENGGONG: Anggota Parlimen Lenggong Datuk Shamsul Anuar Nasarah pada Ahad menawarkan diri bertanding jawatan anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno pada pemilihan parti Oktober ini.

Naib Ketua Umno Bahagian Lenggong itu berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira beberapa pandangan dan meneliti pelbagai sudut.

"Keputusan itu saya buat setelah mendapat restu Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri (Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir) dan pemimpin Umno negeri," katanya kepada pemberita selepas Majlis Hari Raya Aidilfitri Parlimen Lenggong di sini, Ahad.

Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) itu berkata beliau bertanding bukan untuk kepentingan peribadi sebaliknya hanya ingin berjuang demi agama, bangsa dan negara.

"InsyaAllah dengan pengalaman saya dalam gerakan belia di mana saya pernah memegang jawatan di pelbagai peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa, sehingga pernah menjadi presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) serta pernah menjadi exco Pemuda Umno Malaysia, saya harap dapat membantu parti menarik sokongan muda," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan