Tiada Kenaikan Tambang Bas Ekspres, Caj Tambahan 10 Peratus Dilanjut - SPAD

Diterbitkan: Sabtu, 7 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengumumkan bahawa tiada kenaikan tambang untuk perkhidmatan bas ekspres buat masa ini, walaupun harga petrol dan diesel dinaikkan sebanyak 20 sen seliter Selasa lepas.

Walau bagaimanapun pengusaha bas ekpress dibenarkan mengenakan caj tambahan 10 peratus sehingga tambang baharu diumumkan, menurut SPAD dalam satu kenyataan di sini, Sabtu.

Pada Jun lepas, SPAD telah membenarkan pengusaha bas ekspres mengenakan caj tambahan 10 peratus sempena musim perayaan Aidilfitri, dan caj tambahan tersebut sepatutnya berakhir Ahad.

Menurut suruhanjaya itu, keputusan itu diambil setelah pihaknya meneliti komponen kos operasi seperti bahan api, upah dan kos penyelenggaraan yang akan meningkat kesan daripada kenaikan harga bahan api.

SPAD kini di peringkat akhir kajian kadar tambang bas ekspres, dan akan memastikan tambang baharu yang bakal diumumkan tidak membebankan rakyat dan pengusaha. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan