Projek Pembangunan Lebih Mudah Bila Kerajaan Negeri Dan Pusat Di Bawah Satu Payung - PM

Diterbitkan: Sabtu, 7 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Pengerusi Eksekutif Kota Sultan Ahmad Shah (Kota SAS) Tengku Datuk Uzir Tengku Ubaidillah (tiga kiri) ketika melihat model Kompleks Pentadbiran Baru Kerajaan Negeri Pahang di Kuantan, Sabtu. Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sapian Ismail. -fotoBERNAMA
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Pengerusi Eksekutif Kota Sultan Ahmad Shah (Kota SAS) Tengku Datuk Uzir Tengku Ubaidillah (tiga kiri) ketika melihat model Kompleks Pentadbiran Baru Kerajaan Negeri Pahang di Kuantan, Sabtu. Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sapian Ismail. -fotoBERNAMA

KUANTAN: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pelaksanaan sebarang projek pembangunan untuk kesejahteraan rakyat adalah lebih mudah apabila kerajaan negeri dan persekutuan bernaung di bawah payung yang sama.

Perdana Menteri berkata rakyat akan mendapat manfaat sepenuhnya hasil pilihan bijak mereka ketika mengundi memilih kerajaan.

"Inilah yang berlaku di negeri Pahang apabila kesetiaan rakyat Pahang tetap bersama Barisan Nasional, maka mudahlah segala bentuk kerjasama antara kerajaan negeri dan persekutuan dijalinkan demi memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis pecah tanah projek pembinaan Kompleks Pentadbiran baharu kerajaan negeri Pahang bernilai RM399 juta di kawasan seluas 24.8 hektar di Kota Sultan Ahmad Shah (Kota SAS), di sini, Sabtu.

Projek yang dijangka siap dalam masa tiga tahun itu bagi menggantikan Wisma Seri Pahang, pusat pentadbiran kerajaan negeri ketika ini, yang telah berusia 45 tahun dan dilaporkan memerlukan kos baik pulih yang tinggi.

Berdasarkan perancangan, kompleks pentadbiran baharu itu akan menjadi ikon kepada negeri Pahang apabila bentuk bangunan kompleks itu diinspirasikan daripada jata (logo) negeri Pahang selain mengaplikasikan penggunaan teknologi hijau dalam usaha memulihara kualiti persekitaran.

Komponen kompleks itu terdiri daripada bangunan Dewan Undangan Negeri Pahang, bangunan kerajaan negeri dan bangunan kerajaan persekutuan.

Najib yang merupakan bekas Menteri Besar Pahang dan pernah menduduki bangunan Wisma Seri Pahang, berkata sudah tiba masanya kompleks baharu yang lebih canggih dibina bagi memberikan perkhidmatan lebih efisien.

Sementara itu, Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata kewujudan bangunan baharu itu kelak akan memberi impak peningkatan produktiviti kakitangan awam, sekali gus memberi manfaat kepada penduduk Kuantan khasnya dan penduduk Pahang amnya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan