Anwar Persoal Bahasa Inggeris Subjek Wajib Lulus

Diterbitkan: Sabtu, 7 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mempersoalkan sama ada pelajar Malaysia telah bersedia untuk menerima Bahasa Inggeris sebagai subjek wajib lulus dalam SPM menjelang 2016.

Beliau berkata, kerajaan sepatutnya melihat cara-cara untuk meningkatkan kualiti guru-guru Bahasa Inggeris, serta infrastruktur pembelajaran seperti perpustakaan, sebelum melaksanakan langkah sedemikian.

"Saya bersetuju ia harus diwajibkan kepada pelajar untuk belajar bahasa Inggeris. Saya bersetuju bahawa penguasaan bahasa Inggeris perlu ditingkatkan.

"Tetapi untuk wajib lulus? Kualiti guru dan infrastruktur perlu dinaik taraf terlebih dahulu," katanya kepada pemberita selepas berucap di Persidangan Dunia mengenai Kebangkitan Islam anjuran Pergerakan Belia Islam Malaysia (Abim) di sini.

Anwar berkata menteri-menteri Kabinet perlu mengambil kira jurang pelajar bandar dan luar bandar, kerana langkah itu akan memberi kesan kepada pelajar luar bandar.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan