Shabery Sifatkan Sasterawan Negara Sebagai Budak Kecil Tagih Perhatian

Diterbitkan: Jumaat, 6 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sasterawan Negara Datuk A Samad Said cuba menarik perhatian orang ramai dengan melakukan perkara pelik seperti mengibarkan bendera alternatif pada malam ambang Kemerdekaan di Dataran Merdeka, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Menurutnya apa sahaja yang boleh menarik perhatian ramai, sasterawan itu akan melakukannya dengan harapan perhatian akan diberikan kepada mereka.

"Macam budak kecil yang tidak diberikan perhatian, beliau akan melakukan pelbagai perkara pelik dengan harapan ibu bapa mereka akan marah, agak malang kerana perkara ini timbul daripada orang yang dianggap sebagai sasterawan negara," katanya kepada media selepas melancarkan pertandingan penulisan skrip filem pendek Malaysia 2013 di sini, Jumaat.

Sementara itu, mengulas mengenai tayangan lagu Negaraku di setiap pawagam, katanya beliau berpuashati dengan respons orang ramai dan berharap pengusaha pawagam dapat memainkan semula lagu itu pada 16 September ini sempena Hari Malaysia.

Pertandingan penulisan skrip itu dianjurkan Anext Star Production dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Pertandingan itu dibuka kepada orang ramai mulai hari ini hingga 15 November ini. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan