Ronald Kiandee Dilantik Naib Presiden Exco Persatuan Parlimen Komanwel

Diterbitkan: Jumaat, 6 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ronald Kiandee
Ronald Kiandee

SANDAKAN: Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee dipilih sebagai Naib Pengerusi Exco Persatuan Parlimen Komanwel (CPA) untuk tempoh 2013/14 dalam Mesyuarat Exco dan persidangan tahunan persatuan itu di Johannesburg, Afrika Selatan yang berakhir pada Jumaat.

Dalam pemilihan itu, beliau mengalahkan Presiden Dewan Perundangan Barat Australia Barry House.

Kiandee merupakan Exco CPA sejak 2009 bagi mewakili Asia Tenggara.

Mesyuarat Exco dan persidangan tahunan CPA itu berlangsung sejak 28 Ogos lepas.

Jawatan naib pengerusi CPA dipilih setiap tahun dalam kalangan anggota Exco pada hari terakhir persidangan tahunan berlangsung.

Kiandee yang merupakan anggota Parlimen Beluran menyifatkan pemilihan itu adalah bukti sumbangan ketara Anggota Parlimen dan Anggota Dewan Undangan Negeri Malaysia secara aktif dalam CPA.

Beliau menyifatkan pemilihannya untuk jawatan itu merupakan satu penghormatan untuk Malaysia dan menunjukkan pengiktirafan antarabangsa terhadap Parlimen Malaysia.

"Saya akan memberikan komitmen dan memainkan peranan yang terbaik kepada CPA," katanya.

Ketika ini, Pengerusi CPA masih disandang oleh Sir Alan Haselhurst, wakil dari Parlimen United Kingdom.

Kiandee berkata Malaysia dan Singapura mewakili Komanwel Asia Tenggara pada mesyuarat dan persidangan tersebut.

Menurutnya penubuhan CPA bermatlamat untuk menggalakkan pengetahuan berperlembagaan, perundangan, ekonomi, aspek budaya dan sosial demokrasi berparlimen dalam kalangan negara-negara komanwel.

Persidangan CPA tahun depan akan diadakan di Cameroon. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan