Penggunaan Semula RON92, Terkebelakang & Tidak Berbaloi

Diterbitkan: Jumaat, 6 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia akan dianggap sebagai mengambil langkah terkebelakang sekiranya petrol RON92 yang pernah ditarik dari pasaran sebelum ini diperkenalkan semula memandangkan ia mempunyai kesan negatif terhadap alam sekitar.

Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Hashim Othman berkata tindakan itu juga dianggap tidak berbaloi berikutan kerajaan akan berdepan peningkatan kos yang tinggi.

Selain bakal menghadapi masalah dari segi logistik, katanya kerajaan juga perlu memikirkan kesannya dalam tempoh jangka masa panjang berikutan minyak RON92 mempunyai kesan negatif terhadap alam sekitar.

"Banyak perkara yang perlu diteliti sekiranya kita mahu menggunakan semula petrol RON92. Persoalannya adakah ia berbaloi? Pelaksanaan ini juga akan melibatkan penambahan pam dan tangki di setiap stesen minyak dan siapa pula yang akan membiayai semua kos ini?" katanya ketika ditemu bual menerusi program "Dalam Radar" terbitan Bernama Radio24, malam Khamis.

Selain mendatangkan masalah kepada pengusaha, katanya penggunaan semula petrol RON92 juga bukan jalan penyelesaian terbaik untuk mengurangkan beban pengguna kerana tidak banyak kenderaan yang menggunakan minyak gred itu pada masa kini.

Beliau mengulas tindakan kerajaan untuk mempertimbangkan cadangan penggunaan semula petrol RON92 yang ditarik dari pasaran pada 1 September 2009 bagi memberi pilihan kepada pengguna membeli petrol pada harga lebih murah.

Cadangan itu timbul selepas pengumuman kerajaan menaikkan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen berkuat kuasa 3 September lepas.

Menurut Hashim susulan reaksi sesetengah masyarakat yang kurang senang terhadap pengurangan subsidi yang dibuat itu, kerajaan wajar memberi keyakinan dan penerangan lebih jelas bahawa tindakan itu bukan bertujuan membebankan mereka.

Sementara itu, PDAM yang menyambut baik keputusan kerajaan berharap pengurangan subsidi itu mampu mengekang isu penyeludupan minyak ke negara jiran, walaupun jurang harga jualannya masih terlalu tinggi.

Katanya PDAM akan terus memberi kerjasama dalam usaha mengatasi masalah ketirisan berikutan terdapat pihak yang melakukan 'perniagaan haram' dengan mengambil kesempatan terhadap pemberian subsidi ke atas bahan api.

Katanya PDAM bersama-sama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), akan mengadakan makmal perbincangan bagi mencari jalan penyelesaian terhadap isu penyeludupan bahan api, selain cara terbaik bagi membantu pengguna susulan kenaikan harga minyak dan diesel baru-baru ini. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan