Pemilihan Umno: Ku Li Mahu Tanding

Diterbitkan: Jumaat, 6 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tengku Razaleigh menyatakan hasrat mahu bertanding jawatan peringkat bawahan pada pemilihan Umno Oktober ini.
Tengku Razaleigh menyatakan hasrat mahu bertanding jawatan peringkat bawahan pada pemilihan Umno Oktober ini.

KUALA LUMPUR: Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah terus berteka-teki mengenai desas-desus kemungkinan beliau akan menawarkan diri bertanding jawatan Presiden Umno menentang Datuk Seri Najib Tun Razak pada pemilihan parti itu Oktober ini.

Sebaliknya Ketua Umno Bahagian Gua Musang berusia 76 tahun itu hanya mengesahkan berminat untuk bertanding jawatan di peringkat bawahan sahaja pada masa ini.

"Hasrat (bertanding) itu ada... untuk jawatan peringkat bawah. Kalau nak kata 'tidak', tak betul pula.

"Belum ada keputusan lagi, saya orang sebatang kara, tak ada siapa nak dirujuk untuk dapatkan nasihat, jadi belum buat (keputusan). Tunggulah sehingga hari penamaan calon nanti," katanya pada sidang media di kediamannya di sini, Jumaat.

Sidang media itu dihadiri puluhan pengamal media yang menjangkakan Tengku Razaleigh akan membuat pengumuman penting mengenai salah satu jawatan tertinggi dalam Umno yang bakal ditandinginya.

Namun jangkaan itu meleset apabila Tengku Razaleigh memaklumkan tujuan sidang media itu diadakan adalah bagi menjawab pelbagai soalan menjelang pemilihan Umno akan datang.

Sebelum ini Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai Ku Li menyatakan hasrat untuk mempertahankan jawatan Ketua Umno Bahagian Gua Musang yang disandangnya sejak 51 tahun lalu.

Beliau menyandang jawatan tersebut sejak 1962 ketika masih dikenali sebagai Bahagian Ulu Kelantan.

Pada masa sama, Tengku Razaleigh turut dilaporkan berkata bahawa beliau tidak akan mempertahankan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Gua Musang yang disandangnya sejak 1974 pada pilihan raya umum akan datang.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan