Kenaikan Harga Minyak Bukan Alasan Naik Harga Rumah - Ahmad Maslan

Diterbitkan: Jumaat, 6 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PONTIAN: Kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter baru-baru ini tidak seharusnya dijadikan alasan oleh pemaju untuk menaikkan harga rumah sehingga 10 peratus.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata pada asasnya harga rumah banyak bergantung kepada faktor permintaan pembeli dan bukannya bergantung kepada harga minyak sepenuhnya.

"Pada saya harga rumah ni tak ada kaitan dengan harga minyak, jadi saya harap kementerian berkenaan akan memantau soal ini untuk memastikannya dalam keadaan terkawal," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis ramah mesra rakyat Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB) di Kampung Parit Puteri Menangis, Benut di sini, Jumaat.

Majlis turut dihadiri Pengarah Urusan SPNB Datuk Dr Kamarul Rashdan Salleh.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Hartanah dan Pemaju Malaysia Datuk Seri Yam Kong Choy dalam sebuah portal semalam yang menyatakan tentang kemungkinan berlaku peningkatan 10 peratus terhadap harga rumah pada masa kini.

Kenaikan itu disebabkan oleh langkah kerajaan menaikkan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter selain ketidakhadiran pekerja asing di tapak binaan, ekoran operasi bersepadu 6P mengesan pekerja asing tanpa izin yang dilancarkan oleh kerajaan Ahad lepas.

Sementara itu, Kamarul berkata SPNB tidak bercadang menaikkan harga rumah ekoran kenaikan harga minyak seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

"Permintaan rumah tidak ada kaitan dengan kenaikan harga diesel, sebaliknya harga dalam sektor hartanah banyak bergantung kepada pemintaan daripada pembeli. "Berikutan langkah bank memperketatkan pinjaman perumahan baru-baru ini, jumlah pembeli yang berkelayakan juga semakin berkurang dan saya tidak menjangkakan pemaju sanggup menaikkan harga rumah dalam keadaan pada masa kini," katanya ketika mengulas perkara tersebut. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan