Dr Hilmi Harap Isu Doktor Rasis Tidak Berpanjangan

Diterbitkan: Jumaat, 6 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BALIK PULAU: Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berharap isu kenyataannya mengenai kesediaan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyediakan laporan siasatan isu dakwaan doktor rasis di negeri ini tidak berpanjangan.

"Saya tidak berhasrat untuk panjang-panjangkan isu ini dan berharap ia dapat diselesaikan untuk kebaikan rakyat.

"Kita buat kerja untuk rakyat, perkara yang tidak berfaedah kepada rakyat tak payahlah...ia isu yang remeh-temeh," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Kemuncak Program Ilmu Mengubah Destini Anak Bangsa, di sini Jumaat.

Menurutnya setakat ini beliau masih belum menerima sebarang surat saman daripada pihak kerajaan negeri berhubung perkara itu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tuntutan Exco Kesihatan negeri Dr Afif Bahardin yang memintanya memohon maaf dan menarik balik kenyataan bahawa Lim ada menyatakan kesediaan untuk mengemukakan laporan siasatan berhubung isu dakwaan doktor rasis di Pulau Pinang.

Bulan lepas, kenyataan media Afif menyebut kerajaan negeri akan mengambil tindakan mahkamah jika timbalan menteri itu gagal memohon maaf dan menarik balik kenyataan beliau dalam tempoh dua minggu.

Sebelum ini, Lim menafikan pernah berjanji secara lisan kepada Kementerian Kesihatan untuk menyerahkan laporan siasatan kes berkenaan, sebagaimana didakwa Dr Hilmi.

Timbalan Menteri itu berkata kerajaan negeri dan kementerian seharusnya bekerjasama untuk memperbaiki dan mempertingkat mutu perkhidmatan kesihatan kepada rakyat.

"Sekiranya kita bermusuhan antara satu sama lain, siapa yang rugi? Rakyat yang akan rugi kerana pemimpin tidak akan mempunyai masa untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat," katanya.

Sementara itu, Dr Hilmi berkata dakwaan doktor rasis di Pulau Pinang hanya akan diteliti oleh Menteri Kesihatan.

"Saya tidak menerima apa-apa laporan dan Menteri sendiri yang akan buat siasatan berhubung doktor rasis," katanya.

Isu dakwaan terdapat doktor yang bersikap rasis terhadap pesakit itu dibangkitkan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pinang Tunggal Datuk Roslan Saidin pada persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang awal Julai lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan