Warga Bosnia Tarik Balik Saman 'Salah Guna Sperma' Jika Dibenar Bertemu Anak

Diterbitkan: Khamis, 5 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ervin Ahbabovic
Ervin Ahbabovic

KUALA LUMPUR: Warga Bosnia, Ervin Ahbabovic akan menarik balik saman "penyalahgunaan sperma" terhadap bekas teman wanitanya jika beliau dibenarkan melihat anaknya.

Perunding pembangunan perniagaan berusia 41 tahun itu berkata beliau terpaksa berbuat demikian selepas wanita berusia 29 tahun yang dianggap sebagai pasangan hidup melayan beliau seperti 'gigolo'.

"Saya begitu kecewa dan marah apabila dia menyatakan bahawa, "Saya hanya memerlukan awak untuk menjadi gigolo saya supaya mendapat yang anak yang comel dan kemudian awak tidak lagi diperlukan," dakwa beliau, sambil menambah wanita bernama Melanie (bukan nama sebenar) berkata demikian kira-kira dua bulan selepas beliau dihalau keluar dari rumah.

"Apabila saya akhirnya bertemu dengannya pada bulan Februari dan cuba meyakinkannya untuk berdamai, dia membuat kenyataan yang tidak boleh saya terima dan menghantui saya sehingga ke hari ini," katanya pada sidang akhbar di sini, Khamis.

Walau bagaimanapun, pemegang pemastautin tetap Malaysia itu berkata beliau bersedia untuk menarik balik kes itu jika bekas teman wanitanya itu boleh duduk dan berbincang mengenai perkara ini.

"Saya ingin berdamai dengannya, jika tidak, sekurang-kurangnya membenarkan saya melihat anak lelaki kami, saya sudah tidak melihatnya selama enam bulan" katanya penuh emosi dengan linangan air mata, sambil berkata anaknya itu kini tinggal dengan ibu bapa Melanie.

Ervin berkata beliau sering berada berhampiran rumah dan kedai sekitar rumah ibu bapa Melanie dengan harapan untuk melihat anaknya tetapi gagal.

"Mereka tidak pernah membawanya keluar dan tidak lagi kerap pergi ke kedai. Hidup tidak bermakna tanpa mereka," katanya, yang menganggap Melanie hanya mahukan gen beliau kerana anak hasil perkahwinan campur akan lebih bijak dan comel.

Ervin mengakui beliau dan Melanie pada permulaannya saling mencintai tetapi hubungan itu dihalang oleh perbezaan budaya dan status kewangan beliau.

"Dia bijak, berkebolehan, berpendidikan tinggi, cantik dan dia juga seorang penulis yang baik...," katanya ketika ditanya mengapa beliau jatuh cinta terhadap Melanie.

Beliau bagaimanapun tidak tahu mengapa Melanie memilih dirinya, dengan tanggapan mungkin wanita itu melihat sesuatu yang istimewa mengenai beliau.

"Personaliti saya adalah seorang yang bekerja keras, berkerja hanya untuk anak saya dan keluarga serta setia," katanya.

Ervin, yang datang ke Malaysia pada tahun 1995 berkata beliau merasakan wanita berbangsa Cina di Malaysia mempunyai keistimewaan tetapi tidak dapat mengungkapkannya dengan kata-kata sambil berkata: "Ia adalah sesuatu yang datang dari dalam hati."

Sementara itu, beliau juga menafikan dakwaan Melanie bahawa beliau tidak bekerja dan berkata beliau seorang pekerja sepenuh masa di dua syarikat dan secara sambilan untuk sebuah lagi syarikat.

"Satu dalam pembangunan perniagaan dan satu lagi dalam perniagaan pembangunan konsep manakala kerja sambilan adalah untuk mewujudkan konsep bagi sebuah syarikat makanan dan minuman," katanya.

Jelasnya, beliau akan memberikan sejumlah RM5,000 untuk perbelanjaan isi rumah, menyimpan hanya beberapa ratus untuk dirinya sendiri, sambil menambah beliau sering melakukan kerja-kerja rumah termasuklah memasak dan mencuci dalam keluarganya.

Dalam masa yang sama, Ervin menuduh Melanie mempunyai hubungan dengan lelaki lain - seorang profesor di sebuah universiti berprestij di Amerika Syarikat, sambil menambah dia mahu tinggal di New York.

Beliau juga menafikan terlibat dalam lain-lain insiden gangguan seksual.

Pada Selasa, Ervin memfailkan saman terhadap Melanie kerana menyalahgunakan sperma untuk mempunyai "anak yang lebih baik dan berkualiti" dan menuntut sebanyak RM600,000.

Beliau juga mendakwa Melanie menuntut untuk mengadakan hubungan seks sebanyak enam kali sehari dengan setiap sesi mengambil masa kira-kira satu jam.

Beliau berkata, "entah bagaimana saya boleh memenuhi permintaannya'.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan