Selangor Beku Semua Aktiviti Di Rizab Sungai - Abdul Khalid

Diterbitkan: Khamis, 5 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Semua permohonan untuk membina kilang sementara, bengkel, restoran dan ladang ternakan di kawasan rizab sungai di negeri Selangor telah dibekukan berkuatkuasa serta-merta.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata keputusan tersebut dibuat bagi memastikan insiden tumpahan diesel di Sungai Selangor yang menyebabkan gangguan bekalan air pada minggu lalu tidak berulang lagi.

"Kerajaan memandang serius insiden tumpahan diesel di Sungai Selangor yang menyebabkan Loji Sungai Selangor 1, 2 dan 3 serta Loji Rantau Panjang dihentikan sementara waktu.

"Insiden itu turut menyusahkan rakyat terutama mereka yang berkeluarga apabila bekalan air terputus di beberapa daerah di Selangor," katanya pada sidang media selepas mempengerusi meyuarat Exco negeri di sini Rabu.

Abdul Khalid berkata, semua pihak berkuasa tempatan turut diarahkan untuk melakukan pemantauan semua aktiviti di kawasan rizab sungai terutama aktiviti tidak berlesen.

"Kita belajar dari pengajaran yang sangat penting iaitu pemantauan yang tidak begitu mantap sebelum ini. Jadi adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menyediakan satu pasukan khas bagi menguruskan perkara ini," katanya.

Beliau turut menyarankan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar menguatkuasakan prinsip pencemar membayar dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di mana kos kerosakan dan kos membaiki kerosakan ditanggung sepenuhnya oleh individu atau syarikat yang menyebabkan pencemaran.

"Kerajaan negeri akan bekerjasama dengan Lembaga Urus Air Selangor ( Luas), Jabatan Alam Sekitar dan semua pihak berkuasa tempatan untuk melakukan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan kes pencemaran sungai dapat dielakkan," katanya.

Kira-kira 1 juta pengguna air di Lembah Klang terjejas apabila empat loji rawatan air di negeri ini terpaksa dihentikan sementara operasinya akibat tumpahan minyak diesel yang berlaku di hulu sungai di sekitar kawasan Rawang, Kuala Selangor pagi Jumaat lalu.

Tumpahan minyak itu dipercayai berpunca daripada sebuah bengkel menyebabkan pencemaran air kepada empat loji berkenaan.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan