Pemuda Umno Kemuka Empat Calon Tanding Kerusi MT

Diterbitkan: Khamis, 5 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda Umno pada Rabu membuat ketetapan mengemukakan empat calon untuk bertanding pada peringkat Majlis Tertinggi (MT) dalam pemilihan yang akan berlangsung Oktober nanti.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata ketetapan meletakkan calon generasi muda itu dibuat sebagai menyahut seruan untuk meremajakan parti.

Mereka ialah Naib Ketua Pemuda, Datuk Razali Ibrahim, Ketua Penerangan, Datuk Seri Reezal Merican, Pengerusi Biro Ekonomi, Datuk Sohaimi Shahadan dan Ketua Unit Media Baru Tun Faizal Ismail Aziz.

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, sayap parti itu telah membuat ketetapan meletakkan empat calon untuk bertanding bagi jawatan naib ketua pemuda.

"Mereka terdiri daripada Exco Pergerakan Pemuda iaitu Jamawi Jaafar, Lokman Nor Adam, Irwan Zulkifli serta Ketua Pemuda Umno Perak, Khairul Azwan Harun.

"Mereka semua telah bersetuju, berikrar dan berjanji bahawa mereka akan bertanding dalam suasana kekeluargaan dengan menjaga maruah dan perpaduan institusi Pergerakan Pemuda Umno Malaysia itu sendiri," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Pergerakan Pemuda Umno di Menara Datuk Onn di sini.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau turut mengumumkan Datuk Zubir Zabidi akan bertanding jawatan pengerusi tetap.

Mengulas lanjut mengenai calon naib ketua, beliau berkata, kesemua calon adalah yang terbaik dan menepati kriteria.

"Keempat-empat calon adalah terbaik dan saya sokong mereka bertanding apabila mereka datang jumpa dan maklumkan untuk bertanding kepada saya.

"Saya anggap mereka sebagai kawan saya dan saya boleh berkerjasama dengan keempat-empat calon ini. Terpulanglah kepada perwakilan untuk membuat pilihan," katanya.

Khairy, baru-baru ini mengumumkan untuk mempertahankan jawatannya dalam pemilihan parti tahun ini.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan