Noh Omar Umum Tidak Tanding Jawatan MT Umno

Diterbitkan: Khamis, 5 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Noh Omar
Noh Omar

SHAH ALAM: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding bagi jawatan Majlis Tertinggi (MT) Umno dalam pemilihan Oktober ini.

Noh berkata, keputusan untuk berbuat demikian dibuat selepas kenyataannya dalam satu laporan berita telah disalah tafsir bahawa beliau campur tangan dalam cawangan parti dan pemilihan bahagian.

"Saya hanya memberi respons terhadap soalan daripada wartawan dan saya tidak menujukannya secara khusus kepada mana-mana pemimpin," katanya dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan pada Khamis.

Noh dilaporkan memanggil penyandang yang gagal untuk memberi kemenangan kepada parti dalam dalam pilihan raya umum ke-13 untuk membuka jalan kepada muka-muka baru untuk bertanding.

"Kenyataan saya telah dibuat secara umum dan saya juga menegaskan bahawa semua pemimpin di semua peringkat mempunyai hak untuk bertanding," katanya.

Justeru, Noh berjanji bahawa Umno Selangor tidak akan campur tangan dalam mana-mana pemilihan parti, di mana-mana peringkat dan menafikan khabar angin jika namanya dikaitkan dengan mana-mana cawangan atau pilihan raya peringkat bahagian.

Noh berkata beliau kini akan memberi perhatian penuh kepada Umno dan Barisan Nasional di Selangor.

"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Presiden Umno memberi kepercayaan dan melantik saya sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Selangor.

"Saya akan cuba untuk memenuhi aspirasi parti sehingga Barisan mengambil alih negeri ini," katanya.

Noh juga berkata beliau akan memberi tumpuan sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan negeri Selangor dengan memastikan semua projek dan peruntukan kerajaan Persekutuan bukan sahaja dilaksanakan tetapi juga dinikmati rakyat Selangor.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan