Malaysia Bantah Serangan Ketenteraan Ke Atas Syria - Anifah

Diterbitkan: Khamis, 5 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Malaysia mengambil pendirian menentang sebarang kuasa luar melancarkan tindakan ketenteraan terhadap Syria, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Beliau berkata campur tangan ketenteraan bukan sahaja tidak dapat menyelesaikan konflik dalaman di Syria malah akan mengorbankan penduduk yang tidak berdosa dan kemusnahan harta benda di negara itu. "Penyelesaian politik adalah yang terbaik. Kami tidak pernah percaya campur tangan ketenteraan akan menyelesaikan masalah...seperti dilihat di Libya, Iraq dan Afghanistan. "Pendirian kami jelas iaitu kita perlu beri peluang kepada pihak yang bertelingkah supaya duduk semeja untuk berdialog dan berunding serta mencari penyelesaian yang memberi manfaat kepada negara terbabit," katanya pada sidang media di sini, Rabu.

Anifah berkata demikian bagi mengulas rancangan Amerika Syarikat untuk melancarkan serangan ketenteraan ke atas Syaria, yang didakwa menggunakkan senjata kimia terhadap penentang rejim pimpinan Presiden Bashar al-Assad.

Mengulas peranan Liga Arab untuk membantu Syria menyelesaikan masalah dalaman negara itu, Anifah berkata cara terbaik ialah melalui rundingan dan perbincangan politik. "Kami amat berharap Liga Arab akan menemukan penyelesaian bagi masalah ini kerana mereka merupakan negara yang mempunyai kaitan di rantau itu dan merekalah yang sepatutnya memutuskan cara terbaik yang patut digunakan Syria dan rantau itu agar kestabilan dan keselamatan terus terjamin," katanya.

Terdahulu, Anifah menyerahkan cek US$200,000 (RM657,233) kepada Duta Sudan di Malaysia Khalid Abdelgadir Shukri untuk membantu rakyat negara itu yang menderita akibat banjir sejak awal Ogos.

Dalam ucapannya, Anifah berkata sumbangan itu dikumpul daripada orang ramai melalui tabung bencana yang ditubuhkan kementerian berkenaan pada 2006 bagi meringankan bebanan penduduk di luar Malaysia yang dilanda bencana. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan