Khairy Ajak Rafizi Debat Isu Kenaikan Harga Minyak Di Parlimen

Diterbitkan: Khamis, 5 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata perbahasan mengenai kenaikan harga petrol dan diesel boleh diadakan di Parlimen, bukan melalui debat secara terbuka seperti yang dipelawa Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli.

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata debat secara terbuka tidak perlu kerana Parlimen adalah tempat terbaik untuk membahaskan mengenai perkara itu.

"Isu ini kita boleh bawa dan bahas dalam Parlimen, itu tempat terbaik untuk kita bahaskan.

"Tak perlu kita bawa ke luar (Parlimen). Kalau kita bawa (debat) di luar ia terikat dengan masa. Kita nak bahas secara mendalam," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pergerakan Pemuda Umno, di sini, Rabu.

Khairy berkata demikian sebagai mengulas pelawaan Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan untuk berdebat dengan beliau mengenai pengurangan subsidi petrol dan diesel kerajaan yang diumumkan Ahad lalu.

Menurut Khairy, beliau bersetuju berdebat dengan Rafizi sebelum ini kerana pada waktu itu beliau belum bergelar ahli Parlimen.

"Dulu saya setuju debat dengan dia di luar Parlimen sebab dia belum jadi ahli Parlimen.

"Sekarang dia sudah jadi ahli Parlimen, dia sepatutnya tahu Dewan Rakyat adalah pentas debat utama politik negara kita," katanya.

Ahli Parlimen Rembau itu sebelum ini pernah berdebat dengan Rafizi mengenai isu pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang disiarkan secara langsung di televisyen.

Dalam sidang media yang sama, Khairy turut membuat beberapa ketetapan mengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Katanya, terdapat beberapa isu yang tidak boleh dirunding oleh sayap parti itu dalam pelaksanaan TPPA, seperti pendedahan syarikat milik kerajaan, ekonomi bumiputera serta perolehan kerajaan.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan