Bung Mokhtar Pertahan Jawatan Ketua Bahagian Dan MT

Diterbitkan: Khamis, 5 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KINABATANGAN: Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin akan mempertahankan jawatan sebagai Ketua Umno Bahagian Kinabatangan dan anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno pada pemilihan kali ini.

Menurut beliau keputusannya itu mendapat sokongan daripada pemimpin di peringkat bahagian itu bagi memastikan masyarakat khususnya di daerah ini mendapat manfaat daripada kesinambungan perjuangannya.

"Ia juga bagi memastikan suara rakyat di negeri ini akan terus didengar oleh pemimpin Umno pusat," katanya kepada pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Umno Bahagian Kinabatangan di sini, Khamis.

Bung Moktar, 54, memegang jawatan Ketua Bahagian Umno Kinabatangan sejak 1996 dan anggota MT sejak 2009.

Sementara itu, di KEPALA BATAS, Anggota Parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menawarkan diri bertanding jawatan anggota Majlis Tertinggi (MT) dalam pemilihan parti Oktober ini.

Ketua Penerangan Pemuda Umno itu berkata beliau membuat keputusan tersebut selepas mendapat sokongan dan dorongan dari pelbagai pihak terutama Pergerakan Pemuda.

"Memang sebelum ini saya tidak pernah membuat sebarang keputusan sama ada untuk bertanding sebagai anggota MT atau tidak...tetapi semalam Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin mengumumkan untuk mencalonkan empat pemimpin utama sayap parti untuk bertanding MT, jadi hari ini saya buat keputusan untuk menawarkan diri (bertanding).

"Keputusan saya ini (bertanding) juga adalah salah satu usaha untuk meremajakan dan menyahut pelan transformasi oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dalam kerajaan serta Umno," katanya kepada pemberita, Khamis.

Di SIK, Ketua Umno Bahagian Sik Datuk Mohd Tajuddin Abdullah berkata beliau akan mempertahankan jawatan ketua bahagian itu.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan Kedah itu berkata beliau membuat keputusan itu kerana mendapat sokongan akar umbi terutama kepimpinan cawangan yang mahu beliau terus memimpin bahagian itu.

"Jika ada pencabar untuk merebut jawatan sebagai ketua bahagian saya mengandaikan ia sikap terbuka Umno dan demokrasi dalam parti yang diamalkan selama ini," katanya kepada Bernama ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Hari Raya Umno Bahagian Sik, Khamis. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan