Ali Rustam Sah Tanding Naib Presiden Umno

Diterbitkan: Khamis, 5 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mohd Ali Rustam
Mohd Ali Rustam

PETALING JAYA: Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam menyatakan keinginannya bertanding jawatan Naib Presiden Umno pada pemilihan parti tahun ini.

Mohd Ali bercakap kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Hari Raya di Kuala Lumpur berkata beliau akan menawarkan diri sebagai calon Naib Presiden selepas kali terakhir beliau memegang jawatan berkenaan pada 2004 hingga 2009.

"Saya menawarkan diri sebagai calon bukan untuk menentang sesiapa sebaliknya untuk memberi pilihan kepada ahli parti," kata Mohd Ali, 64, yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno.

Tindakan beliau itu dijangka menghangatkan lagi saingan bagi merebut tiga kerusi Naib Presiden Umno pada pemilihan parti tahun ini.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Samad juga telah menyatakan pendiriannya untuk bertanding jawatan ketiga tertinggi dalam parti.

Ketiga-tiga penyandang jawatan Naib Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal juga telah mengesahkan akan mempertahankan jawatan mereka.

Mohd Ali merupakan bekas Ketua Menteri Melaka dari 1999 hingga 2013. Beliau telah bertukar angin dengan bertanding di kerusi Parlimen Bukit Katil pada pilihan raya umum ke-13, Mei lalu namun impiannya untuk berkecai apabila beliau tewas di tangan Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Sementara itu, seorang lagi bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik,63, juga telah mengesahkan beliau bakal menyertai saingan merebut satu daripada 25 kerusi Majlis Tertinggi Umno.

"Ada keperluan untuk muka baru dan golongan muda. Pada masa yang sama Umno, juga perlu pengalaman daripada pemimpin lama. Saya percaya saya dapat menyumbangkan sesuatu," katanya kepada The Star.

Rahim pernah menjadi Ketua Menteri Melaka dari 1982 hingga 1994 dan memegang jawatan Ketua Pemuda Umno dari 1993 hingga 1996.

Bagaimanapun beliau tewas dalam saingan merebut kerusi Naib Presiden pada 2009.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan