Tindakan Bawa Pulang Pelajar Tidak Jejaskan Hubungan Malaysia -Mesir - Duta

Diterbitkan: Rabu, 4 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Walaupun Malaysia mengambil keputusan membawa pulang pelajarnya dari pelbagai universiti di Mesir berikutan perkembangan yang berlaku di negara itu, hubungan dua hala antara kedua-dua negara dalam bidang pendidikan akan terus kukuh dan berkekalan, kata Duta Mesir ke Malaysia Mohamed Saad Ebeid.

Ebeid berkata beliau faham bahawa Malaysia berbuat demikian semata-mata kerana bimbang tentang keselamatan pelajarnya di Mesir.

Ketika berkongsi pandangannya dengan Bernama, duta itu berkata walaupun tiada keperluan bagi kerajaan Malaysia untuk berbuat demikian, namun ia mungkin dilakukan sebagai respons terhadap sikap ibu bapa yang semakin bimbang tentang keselamatan anak mereka yang belajar jauh di perantauan.

Ebeid menegaskan bahawa pelajar Malaysia tidak terdedah kepada sebarang risiko di Mesir dan setakat ini tidak terdapat sebarang kejadian melibatkan pelajar Malaysia atau negara lain, tetapi media sering menokok tambah tentang sesuatu keadaan.

"Apabila media melaporkan tentang demonstrasi yang berlaku di sesuatu kejiranan atau jalan raya, wujudlah tanggapan bahawa satu bencana besar telah berlaku," katanya sambil menambah bahawa kadangkala, perkara yang ditokok tambah tentang sesuatu kejadian melalui media menyebabkan tersebarnya maklumat yang berbeza dengan keadaan sebenar.

Pada 20 Ogos, kerajaan Malaysia melancarkan operasi dikenali sebagai Op Piramid II untuk membawa pulang pelajarnya dengan menggunakan penerbangan komersial apabila krisis di Mesir menjadi semakin buruk. Sebanyak 2,796 rakyat Malaysia pulang ke tanah air melalui operasi itu, yang berakhir pada 28 Ogos.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab dilaporkan berkata mereka adalah antara 3,379 rakyat Malaysia yang berdaftar di Mesir setakat 15 Ogos. Sebanyak 583 yang lain membuat keputusan untuk terus berada di Mesir.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pula dilaporkan berkata keselamatan pelajar Malaysia di Mesir menjadi keutamaan kerajaan dan oleh itu mereka perlu dibawa pulang dengan segera ke tanah air sebelum keadaan menjadi semakin buruk.

Merujuk kepada hubungan Malaysia-Mesir, Ebeid berkata hubungan sedia ada mencerminkan wujudnya prospek lebih meluas berasaskan hubungan sejarah yang terjalin antara kedua-dua negara dan hakikat bahawa selama ini, kedua-dua pihak sering mengadakan perundingan dan penyelarasan berhubung pelbagai portfolio antarabangsa.

Katanya selain dalam bidang pendidikan, Malaysia dan Mesir juga mempunyai hubungan kukuh dalam bidang budaya, pelaburan dan perdagangan, dengan pertukaran perdagangan antara kedua-dua negara bernilai kira-kira US$500 juta (RM1.6 bilion).

Hampir 1,000 orang terbunuh dalam pertempuran antara pasukan keselamatan dan penyokong Mohamed Morsi yang digulingkan daripada jawatan presiden sejak 14 Ogos apabila tentera bertindak menyuraikan kumpulan penyokong dan penentang Morsi di Kaherah, yang menyebabkan beratus orang terbunuh serta mencetuskan keganasan.

Ketegangan antara kedua-dua kumpulan memuncak berikutan penggulingan Morsi pada 3 Julai selepas berjuta-juta rakyat Mesir mengadakan bantahan bagi mendesak presiden itu berundur dan menuduhnya menyalahguna kuasa.

Penyokong Morsi bertindak balas dengan mengadakan demonstrasi untuk menuntut beliau dikekalkan sebagai presiden. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan