Syed Hamid Tidak Pertahan Jawatan Ketua Umno Bahagian Kota Tinggi

Diterbitkan: Rabu, 4 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Syed Hamid Albar.
Syed Hamid Albar.

KOTA TINGGI: Ketua Umno Bahagian, Kota Tinggi Tan Sri Syed Hamid Albar pada Selasa mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan tersebut dalam pemilihan bahagian itu pada 19 Oktober nanti bagi memberi peluang kepada muka baru untuk menerajuinya.

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) itu berkata, keputusan itu diambil kerana merasakan khidmatnya kepada parti selama ini telah memadai dan sudah tiba masa untuk orang lain mengambil alih perjuangannya.

"Kita perlu mengambil kira bahawa dunia telah berubah, bagi mereka yang tidak layak bertanding tak usahlah bertanding," katanya ketika ditemui pada rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di Kampung Jawa di sini, Selasa.

Menurutnya, dalam konteks transformasi yang cuba dilakukan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak, Umno memerlukan golongan muda yang berwibawa dan idea baru untuk sama-sama memimpin parti.

Syed Hamid, 69, menyandang jawatan sebagai Ketua Umno Bahagian Kota Tinggi sejak September 1993. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan