Penjara Reman P.Pinang Mampu Tampung Pesalah Ops Cantas & Ops 6P

Diterbitkan: Rabu, 4 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Penjara Reman Pulau Pinang mampu menampung pesalah yang ditahan dalam Ops Cantas dan Ops 6P Bersepadu, kata Pengarahnya Rosoman Abu Bakar.

Beliau berkata pihaknya akan membuat pengasingan khusus terhadap pesalah terbabit selain menjalankan pemantauan ketat berdasarkan prosedur penahanan yang telah ditetapkan. "Perkara ini ialah untuk mengelak mereka (pesalah) membentuk kumpulan besar sekaligus memastikan proses penahanan berlangsung dalam keadaan selamat dan pendakwaan di mahkamah berjalan lancar.

"Kita telah membuat persediaan rapi walaupun setakat ini belum ada mereka yang ditahan dalam kedua-dua operasi berkenaan dibawa ke sini," katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Penjara Reman Pulau Pinang di sini malam Selasa.

Rosoman berkata setakat ini 90 peratus daripada 818 banduan yang ditempatkan di penjara berkenaan merupakan tahanan reman manakala selebihnya telah disabitkan bersalah dan sedang menjalani hukuman masing-masing.

Beliau berkata penjara itu boleh memuat 1,100 tahanan pada satu-satu masa dengan seramai 325 kakitangan terlibat dalam kerja menyelia dan mengurus hal ehwal banduan.

Sehingga Khamis lepas, Polis Pulau Pinang menahan 86 suspek yang dipercayai terbabit dalam pelbagai kegiatan jenayah kekerasan menerusi Ops Cantas sejak 17 Ogos lepas.

Sementara Jabatan Imigresen menahan 91 orang Pendatang Asing Tanpa Izin dalam Ops 6P Bersepadu sehingga Isnin lalu. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan