Pemuda PAS Boikot Konsert 'Lamb Of God'

Diterbitkan: Rabu, 4 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Lamb of God
Lamb of God

PETALING JAYA: Pemuda PAS menggesa rakyat memboikot konsert kumpulan 'heavy metal' Lamb of God, kerana mendakwa kumpulan sebahagian daripada lirik lagu nyanyian kumpulan berkenaan menghina Islam.

"Kami tidak menolak sebarang bentuk hiburan, namun kami menentang impak negatif yang di bawa oleh kumpulan Lamb of God lebih-lebih lagi apabila ia menyentuh sensitiviti agama," kata Nasrudin Hassan kepada The Star Online.

Ketua Pemuda PAS yang juga Ahli Parlimen Temerloh itu mendakwa salah satu satu kumpulan berkenaan bertajuk, 'Walk With Me in Hell', daripada album Sacrament pada tahun 2006 mengandungi ayat Al-Quran yang disusun dalam bentuk yang 'tidak betul'.

"Adalah tidak wajar untuk ayat daripada kitab suci Al-Quran diperlakukan sedemikian, dan dinyanyikan dengan muzik yang kuat," kata Nasrudin.

Bagaimanapun, semakan The Star Online menunjukkan tiada ayat Ql-Quran disebut dalam lagu berkenaan, namun perkataan 'Quran' disebut dalam 'album live', Killadelphia pada 2004.

"Saya hanya bimbang masalah sosial di negara ini akan lebih teruk selepas konsert, kerana ia akan meninggalkan impak yang besar kepada golongan beliau dan ia mengambil masa yang lama untuk memulihkannya," katanya.

Walaupun beliau mengakui parti berkenaan tidak mempunyai kuasa untuk mengharamkan konsert berkenaan daripada berlangsung, Nasrudin berkata PAS akan menggunakan pendekatan lain untuk menasihatkan orang ramai.

"Kita akan bersama-sama mengedarkan risalah yang menekankan mengenai nilai moral terhadap mereka yang menghadiri konsert berkenaan," katanya.

Kumpulan Lamb of God dijadual mengadakan konsert mereka pada 28 September ini di Kuala Lumpur.

Kumpulan yang berasal daripada Amerika Syarikat itu turut mendapat maklum balas yang tidak baik daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan Islam yang lain.

Mereka mendakwa kumpulan berkenaan boleh menyebabkan 'kemudaratan serta keruntuhan akhlak' di kalangan generasi muda di negara ini.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan