PAS Tolak Sebarang Perbincangan Mengenai Kerajaan Perpaduan - Nasrudin

Diterbitkan: Rabu, 4 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: PAS menolak sebarang perbincangan dengan Umno berhubung penubuhan kerajaan perpaduan, kata Ketua Pemudanya, Nasrudin Hassan dalam satu kenyataan.

Nasrudin berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa, sebagai mengulas spekulasi Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan dengan pesaing politiknya.

"Pimpinan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS pusat sebelum ini telah mengadakan beberapa siri mesyuarat, telah menegaskan bahawa tidak ada lagi perbincangan berhubung penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno.

"Keputusan tersebut dibuat oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ia telah dipersetujui oleh AJK PAS pusat," kata Nasrudin.

Beliau berkata presiden telah mengkaji semula kepentingan untuk menubuhkan kerajaan perpaduan selepas pilihan raya umum 2008, sebelum khabar angin mengenai penglibatan Anwar berhubung penubuhan kerajaan perpaduan baru-baru ini.

"Namun saya ingin tegaskan di sini bahawa parti telah mengambil masa yang lama (untuk menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan).

"Saya percaya rakan saya yang lain dalam PAS dan di luar parti akan berkongsi sentimen yang sama kerana kita telah bersetuju untuk bersama dalam pakatan," katanya.

Nasrudin yang juga Ahli Parlimen Temerloh turut berkata parti Islamik itu harus belajar daripada kesilapan lalu, ketika mereka membentuk kerajaan perpapduan dengan Umno pada 1970.

"Oleh itu, kita tidak akan benarkan sesiapa menyeret kita dalam sebarang tindakan yang menyebabkan kita terpaksa mengetepikan polisi dan prinsip perjuangan parti kita," katanya.

Beliau menambah sekiranya PAS mahu mengambil bahagian dalam kerajaan perpaduan, isu berkenaan perlu diluluskan oleh Majlis Syura Ulama yang merupakan badan pembuat keputusan tertinggi dalam parti itu.

"Adalah tidak sesuai bagi mana-mana pemimpin PAS untuk mendahului apa sahaja, bagi mengelakkan konflik yang sama berlaku lagi," katanya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan