Kongsi Gelap: PDRM Saling Bertukar Maklumat Dengan Pasukan Luar Negara

Diterbitkan: Rabu, 4 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa berhubung dengan rakan sepasukan mereka di luar negara dalam mendapatkan sebarang maklumat jenayah termasuk tindakan anggota kongsi gelap tempatan yang melarikan diri untuk berlindung di luar negara.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Mazlan Mansor berkata pertukaran maklumat dan risikan tidak pernah berakhir dalam usaha mengekang sebarang kegiatan jenayah yang berlaku di dalam negara masing-masing.

"Isu-isu jenayah ini, kita (PDRM dan polis luar negara) sering bincangkan secara berterusan. Kita ada mesyuarat bersama dalam tempoh-tempoh tertentu untuk bincangkan bagaimana untuk tangani penjenayah yang lari ke luar negara. "Begitu juga dengan isu-isu penyeludupan senjata, militan dan sebagainya. Bukan kita kerjasama dengan negara jiran sahaja, tapi dengan negara luar juga," katanya dalam sidang media selepas melancarkan MS ISO/IEC 17025 dan penyerahan kenderaan forensik di Maktab PDRM di Cheras pada Rabu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam berkata Ops Cantas Khas yang dilaksanakan lebih dua minggu lepas telah memberi tekanan kepada anggota kongsi gelap apabila mereka cuba mencari perlindungan di negara jiran.

Beliau berkata anggota kongsi gelap melarikan diri ke luar negara berikutan penahanan ketua-ketua mereka serta kesukaran menjalani aktiviti jenayah disebabkan operasi pihak berkuasa.

Selain itu mereka mahu menghapuskan tatu kumpulan pada anggota badan mereka supaya sukar dikesan pihak polis.

Mengenai Ops Cantas, Mazlan berkata setakat pagi ini, seramai 4,045 individu telah ditahan manakala 18 daripada mereka disiasat di bawah Akta Pencegahan Jenayah.

Sementara itu Pengarah Jabatan Petugas Khas dan Anti Pengganas Bukit Aman Datuk Mohamad Fuzi Haron yang mewakili Ketua Polis Negara pada majlis pelancaran itu berkata polis masih memburu dua anggota militan Darul Islam Sabah yang menculik dua rakyat negara ini November tahun lepas.

"Melalui risikan kita, Mohd Amin Bacho dan Jeknal Adil yang amat berbahaya itu kini berada di selatan negara jiran. Gerakan memburu mereka giat dijalankan," katanya.

PDRM hari ini menerima 18 buah kenderaan untuk CSI (siasatan di tempat jenayah) jenis Toyota Hilux yang dilengkapi dengan peralatan penugasan CSI yang keseluruhannya berjumlah RM2.57 juta.

Pada majlis itu, Pengurusan Makmal Forensik PDRM juga mendapat persijilan MS ISO/IEC 17025 yang disampaikan Ketua Pengarah Jabatan Standard Malaysia Fadilah Baharin. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan