Kibar Bendera Sang Saka Malaya: A. Samad Said Ditahan

Diterbitkan: Rabu, 4 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

A. Samad Said
A. Samad Said

KUALA LUMPUR: Datuk A. Samad Said ditahan polis awal pagi Rabu bagi membantu siasatan insiden mengibar bendera alternatif pada malam sambutan ulang tahun kemerdekaan Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad, ketika dihubungi Bernama, mengesahkan penahanan Sasterawan Negara itu.

"Kita tahan beliau di rumahnya di Bangsar Utama pada kira-kira 12.25 tengah malam dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bagi membantu siasatan. Kita akan siasat mengikut Akta Hasutan 1948," katanya.

Media sebelum ini melaporkan polis meminta sasterawan itu menyerah diri bagi siasatan lanjut berhubung kes mengibar bendera berkenaan di Dataran Medeka di sini.

Dalam insiden itu, A. Samad dikatakan sedang mendeklamasikan sajak berhampiran bendera merah putih dengan 12 bintang kuning disusun tiga baris dalam empat jalur yang kemudiannya dirampas seorang lelaki.

Isnin lepas, aktivis politik, Hishamuddin Rais dan aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim ditahan bagi membantu siasatan berhubung insiden sama.

Rakaman video berkaitan insiden itu telah dimuat naik di laman sosial. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan