Kibar Bendera Sang Saka Malaya: A. Samad Said Dibebaskan Oleh Polis

Diterbitkan: Rabu, 4 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

A. Samad Said
A. Samad Said

KUALA LUMPUR: Sasterawan Negara, Datuk A.Samad Said yang ditahan oleh polis ekoran insiden kontroversi sekumpulan individu mengibarkan bendera 'Sang Saka Malaya' ketika beliau membacakan sajak pada malam Ambang Merdeka di Dataran Merdeka 30 Ogos lalu, baru sahaja dibebaskan.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua menulis di twitternya pada pukul 2.30 pagi Rabu, polis telah selesai menyoal siasat Pengerusi Bersama Bersih yang berusia 81 tahun itu.

Pada pukul 1 pagi Rabu, Samad mentweet, "Saya sedang dalam perjalanan ke Dang Wangi sekarang. Saya diiringi oleh tiga anggota polis," Samad menulis di twitternya.

Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga turut mengesahkan mengenai penahanan sasterawan negara itu kepada The Star.

Peguamnya, Latheefa Koya berkata Samad ditahan di rumahnya oleh pegawai polis pada pukul 12.30 pagi Rabu.

Latheera percaya penahanan Samad mempunyai kaitan dengan pengibaran bendera 'Sang Saka Malaya'.

"Saya sedang dalam perjalanan ke balai polis, saya tidak dapat memberi maklumat langjut pada masa ini," katanya.

Pada Isnin, aktivis Adam Adli dan Hishamuddin Rais ditahan di IPD Dang Wangi bagi membantu siasatan di bawah Akta Hasutan selepas rakaman video klip yang memaparkan mereka mengibarkan bendera Sang Saka Malaya ketika Samad sedang membacakan puisi pada malam Ambang Merdeka di Dataran Merdeka, 30 Ogos lalu.

Bendera Sang Saka Malaya mempunyai warna merah dan putih dengan 12 bintang serta empat jalur didakwa pernah diangkat sebagai bendera kebangsaan oleh beberapa pihak pada tahun 1940an.

Dilaporkan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah menggesa Samad menyerah diri kepada polis bagi membantu siasatan dalam kes berkenaan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad turut mengesahkan penahanan Samad sambil menambah beliau disiasat di bawah Akta Hasutan.

Ambiga berkata beliau sangat terkejut dengan layanan yang diberikan terhadap sasterawan negara itu.

"Adakah penahanan beliau pada waktu tengah malam hanya untuk merekodkan kenyataan beliau sedangkan mereka boleh berbuat demikian dengan mudah pada esok pagi?

"Pak Samad merupakan hero rakyat Malaysia dan gangguan yang tidak sepatutnya seperti ini akan menimbulkan perasaan meluat dikalangan pemikiran rakyat Malaysia yang waras walaupun pihak berkuasa jarang memikirkan apa yang difikirkan oleh orang awam," katanya kepada The Star.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan