Tiga Kumpulan Kongsi Gelap Berdaftar Dengan ROS

Diterbitkan: Selasa, 3 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) mengesahkan tiga daripada 49 kumpulan kongsi gelap yang diumumkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) minggu lalu merupakan pertubuhan yang sah dan pernah berdaftar dengan ROS.

Bagaimanapun Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Rahman Othman enggan mengumumkan nama kumpulan berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya perlu menyemak status sebenar kumpulan dengan pihak polis terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pengumuman mengenai kumpulan berkenaan.

"Apa yang boleh saya katakan ada tiga yang berdaftar dengan kita (ROS). Dua kumpulan dari Sabah sementara satu lagi, dari Semenanjung Malaysia.

"Sekiranya benar kumpulan ini disahkan sebagai kumpulan kongsi gelap, mengikut undang-undang pendaftaran mereka akan terbatal secara automatik," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sijil kepada 20 parti politik yang telah diluluskan oleh ROS di ibu pejabatnya di sini, Isnin.

Khamis lalu, KDN mengumumkan kira-kira 40,313 individu dikenalpasti sebagai ahli kumpulan 49 pertubuhan haram yang terdiri daripada kumpulan kongsi gelap.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi dilaporkan berkata, antara aktviti utama kebanyakan pertubuhan itu (walaupun bukan semua) ialah pengedaran dadah, peras ugut dan membunuh menggunakan senjata api serta menimbulkan huru hara di tempat awam.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan