Sivarasa Disoal Siasat Berhubung Kenyataan Komplot Bawa Masuk Warga Bangladesh

Diterbitkan: Selasa, 3 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

R. Sivarasa.
R. Sivarasa.

PETALING JAYA: Naib Presiden PKR, R. Sivarasa disoal siasat oleh polis pada Selasa berhubung kenyataan media mengenai dakwaan terdapat 'komplot perdagangan orang dari Dhaka ke KLIA' oleh pihak berkuasa tempatan dan asing yang disogok.

Beliau mendakwa individu-individu adalah mereka yang terlibat dalam pengeluaran visa di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka serta pegawai Jabatan Imigresen di KLIA.

"Polis memanggil saya selepas kenyataan media saya dikeluarkan di blog saya bagi mendapatkan keterangan saya," katanya kepada The Star Online.

Sivarasa mendakwa terdapat jumlah yang luar biasa terhadap pelancong Bangladesh yang tiba di Malayisa, apabila terdapat enam penerbangan secara terus menerusi beberapa syarikat penerbangan, dengan penambahan ketujuh penerbangan baru-baru ini.

"Melihat kepada bilangan penerbangan secara tidak langsung dari syarikat penerbangan lain, bilangan ketibaan penumpang setiap hari dari Dhaka adalah kira-kira 1,000 orang setiap hari.

"Kebanyakan mereka tiba dengan visa pelancong yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka," katanya dalam blog beliau.

Ahli Parlimen Subang itu berkata, beliau menerima maklumat yang mendakwa bahawa agensi-agensi pelancong yang menggunakan dokumen palsu dan menuntut bayaran sehingga RM1,300 bagi setiap visa.

"Bayaran rasmi untuk satu visa sebenarnya adalah RM20," katanya.

Sivarasa membuat laporan polis baru-baru supaya siasatan dilakukan terhadap beberapa agensi yang terbabit.

"Saya turut menyerahkan beberapa dokumen bagi menguatkan kenyataan di atas. Saya juga menyerahkan dokumen yang sama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan mereka.

"Saya menggesa supaya pihak berkuasa dapat memastikan siasatan dilakukan segera dan efektif," katanya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan