Pindaan Akta Perlindungan Mula Dikuatkuasakan

Diterbitkan: Selasa, 3 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan telah menguatkuasakan Akta Perlindungan (Pindaan) 2012, berkuat kuasa 1 September 2013, yang merupakan pindaan kepada Akta Perlindungan 2006 (Akta 657) sedia ada.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menyatakan akta yang dipinda itu memberi kuasa kepada Malaysia untuk menggunakan langkah-langkah perlindungan berdasarkan peruntukan dalam Perjanjian Perdagangan dua hala atau serantau.

"Akta Perlindungan 2006 sebelum ini hanya membolehkan Malaysia memulakan suatu penyiasatan dan melaksanakan tanggungjawab melindungi berdasarkan isu di peringkat global, iaitu hanya ke atas semua produk import yang terlibat, tanpa mengira sumber dan tanpa diskriminasi," katanya.

Akta Perlindungan 2006 (Akta 657) membolehkan kerajaan mengambil tindakan perlindungan dalam mencegah atau memulihkan situasi serius akibat peningkatan produk-produk import tertentu dan memudahkan pelarasan ke atas industri tempatan yang terjejas, mengikut Perjanjian Pertubuhan Perdagangan Dunia bagi Perlindungan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan