KPDNKK Akan Bertindak Terhadap Peniaga Kenakan Harga Melampau - Hasan Malek

Diterbitkan: Selasa, 3 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tindakan tegas akan diambil terhadap perniagaan yang menaikkan harga barangan dan perkhidmatan secara keterlaluan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek.

Beliau menggesa para pengguna yang berhadapan dengan situasi itu diminta untuk menghubungi talian hotline kementerian di 1-800-886-800, or emel kepada e-aduan@kpdnkk.gov.my.

"Saya begitu prihatin mengenai kos pengeluaran makanan yang keterlaluan dan perniagaan berkaitan seperti restoran, apabila peningkatan harga tidak sepatutnya melebihi 0.1%," kata kepada The Star Online pada Selasa.

Beliau berkata, sekiranya terdapat mana-mana pihak yang ditahan kerana mengenakan harga yang melampau, mereka akan didakwa di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010.

"Saya telah memberitahu mereka (peniaga) untuk menaikkan harga sesuka hati. Jika mereka tidak mematuhinya, kita akan mengambil tindakan," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan