Kerajaan Akan Umum Langkah Kurangkan Beban Kumpulan Berpendapatan Sederhana Dalam Belanjawan 2014

Diterbitkan: Selasa, 3 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengumumkan langkah-langkah untuk mengurangkan beban kumpulan berpendapatan rendah dalam Belanjawan 2014.

Ini dilakukan berikutan peningkatan harga petrol, yang diumumkan pada Isnin, kata Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

"Dalam perancangan kerajaan, bila kita umum bajet, kita bercadang meningkatkan pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia kepada rakyat yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan.

"Kita juga akan buat sesuatu untuk golongan berpendapatan pertengahan, kerana mereka juga komplen, mereka juga merasai tekanan dari segi kos sara hidup," katanya kepada pemberita selepas merasmikan 1MET Bootcamp di sini Selasa.

Beliau berkata kerajaan masih mengkaji usaha untuk membantu kumpulan rakyat berpendapatan pertengahan.

"Ia (usaha itu) akan diumumkan dalam Belanjawan. Biarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, memperkenalkan langkah-langkah itu.

"Kita sedang mengkaji semua aspek untuk kumpulan berpendapatan pertengahan, Yang boleh dalam apa sahaja bentuk, memberi bantuan atau apa sahaja. Kami sudah pun mengkajinya," katanya.

Mengenai peningkatan harga RON95 dan Diesel sebanyak 20 sen, Mohd Irwan berkata setiap tahun kerajaan membelanjakan RN24.8 bilion untuk subsidi petrol, yang merupakan jumlah besar yang boleh digunakan untuk meningkatkan bantuan kebajikan rakyat, pembangunan infrastruktur dan sebagainya.

"Oleh sebab subsidi ini bukan sahaja dinikmati oleh golongan miskin, malah kebanyakan yang mendapat untung daripada subsidi ini ialah golongan kaya kerana golongan kayalah yang mempunyai kereta yang banyak, kereta dengan enjin berkapasiti tinggi.

"Tambahan pula, warga asing pun mendapat manfaat daripada subsidi ini dan juga aktiviti penyeludupan.

"Jadi kita terpaksalah menaikkan harga supaya wang subsidi penjimatan boleh disalurkan kepada golongan yang lebih memerlukan, golongan miskin dan berpendapatan rendah dan untuk meningkatkan taraf hidup mereka," katanya.

Mengenai 1MET Bootcamp, Mohd Irwan berkata Perdana Menteri akan mengumumkan penubuhan Pusat Kreativiti Malaysia pada 11 Okt sempena Sidang Kemuncak Keusahawanan Global (GES).

"Kami masih mengenal pasti lokasinya dan ini merupakan pusat sehenti untuk usahawan," katanya.

Beliau berkata tahun ini Kementerian Kewangan akan menganjurkan 21 siri bootcamps yang melibatkan 5,000 usahawan di seluruh negara.

Peserta bootcamps akan mendapat peluang untuk menemui Perdana Menteri dan Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama pada GES, yang dijadualkan berlangsung pada 11 dan 12 Oktober. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan