Kanak-Kanak Ditinggalkan Di JKM: Ibu Bapa Diminta Tampil - Rohani

Diterbitkan: Selasa, 3 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), memberi tempoh tiga bulan kepada ibu bapa kanak-kanak yang ditinggalkan di pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Kinta, Perak baru-baru ini supaya tampil membuat pengesahan status kanak-kanak itu.

Menterinya, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, ada sepasang suami isteri tampil mengaku ibu bapa angkat kanak-kanak itu namun pihaknya memerlukan pengesahan daripada ibu bapa kandungnya sebelum melakukan apa-apa tindakan.

"Kanak-kanak itu tidak akan diserahkan kepada mana-mana individu selagi ibu bapanya tidak tampil membantu kerana khuatir akan berlaku perkara yang tidak sepatutnya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Hari Raya anjuran KPWKM di sini, Selasa.

Dilaporkan melalui rakaman litar tertutup (CCTV) pejabat JKM Daerah Kinta seorang lelaki kelihatan meninggalkan kanak-kanak berkenaan di hadapan kaunter pejabat itu kira-kira 9.02 pagi, untuk menjawab panggilan telefon dan tidak muncul-muncul selepas itu.

Kanak-kanak berusia empat tahun itu yang membahasakan dirinya sebagai Abang Saiful kini ditempatkan di institusi perlindungan kanak-kanak di Kuala Kangsar untuk perlindungan sementara sebelum warisnya ditemui. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan