Hishamuddin Rais, Adam Adli Ditahan Di IPD Dang Wangi

Diterbitkan: Selasa, 3 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Aktivis politik Hishamuddin Rais dan aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim ditahan polis malam Isnin bagi membantu siasatan insiden mengibar bendera alternatif pada malam sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 di Dataran Merdeka, Jumaat lepas.

Kedua-dua aktivitis itu ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad berkata kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 4 (1)(b) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana melibatkan kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan