Harga Diesel Dan RON95 Malaysia Masih Terendah Berbanding Negara Jiran

Diterbitkan: Selasa, 3 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Harga runcit bahan petroleum Malaysia masih paling murah berbanding negara-negara jiran meskipun selepas kenaikan harga yang diumumkan pada Isnin, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata, harga diesel di Thailand ialah RM3.06 seliter dan petrol RON95 RM4.74; diikuti Singapura (RM4.32 dan RM5.56); Indonesia (RM3.43 dan RM3.05); dan Filipina (RM4.32 dan RM5.44 (RON93)).

Harga diesel dan petrol RON95 tempatan pula masing-masing di bawah paras RM3 seliter iaitu hanya RM2.00 dan RM2.10 seliter, kata beliau dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau turut memetik kajian yang dijalankan oleh Bloomberg bertajuk 'Highest and Cheapest Gas Prices by Countries' (Harga Bahan Api Tertinggi dan Terendah Mengikut Negara) yang menyatakan Malaysia berada pada kedudukan kelapan selepas Venezuela, Arab Saudi, Kuwait, Mesir, Emiriyah Arab Bersatu, Iran dan Nigeria, dalam menawarkan harga terendah.

Kajian yang dijalankan pada Februari 2013 itu turut melihat Malaysia berada di hadapan berbanding Mexico, Amerika Syarikat, Rusia, Indonesia, Pakistan dan Thailand.

Ahmad berkata, rasionalisasi harga minyak petrol RON95 dan diesel perlu dilaksanakan ketika ini agar subsidi kerajaan lebih adil dan terarah khususnya untuk penduduk berpendapatan sederhana dan rendah yang akan mendapat lebih banyak manfaat.

"Segalanya ini adalah kerana komitmen kerajaan untuk terus membantu rakyat dan dengan pelarasan subsidi ini, kita ingin memberi tumpuan kepada subsidi terarah khususnya untuk rakyat berpendapatan rendah dan sederhana dengan kenaikan bantuan BR1M," katanya.

"Jangan terpedaya dengan hasutan politik yang mengambil kesempatan daripada isu ini sedangkan langkah kerajaan ini lebih adil dan baik demi untuk kebajikan rakyat."

Ahmad berkata, walaupun harga petrol RON95 dan diesel dinaikkan 20 sen, rakyat perlu faham bahawa berbanding negara-negara jiran dan dunia, Malaysia belum mencapai tahap harga sebenar bahan api kerana kerajaan masih memberi subsidi 63 sen untuk petrol RON95 dan 80 sen untuk disel.

Ini menjadikan jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan untuk petroleum bagi 2013 adalah sebanyak RM24.8 bilion dan dengan ini, kerajaan dapat menjimatkan sebanyak RM1.1 bilion.

Bagi tahun 2014, sebanyak RM3.3 bilion akan diperoleh daripada penjimatan yang boleh digunakan untuk mengurus pembangunan negara termasuk kenaikan pemberian BR1M.

Dalam pada itu, katanya kerajaan terus mengekalkan pelbagai pemberian subsidi untuk barangan lain seperti minyak masak, gula, tepung, beras dan gas memasak. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan