Bekalan Air Pulih 97 Peratus Di Selangor, KL - Syabas - Berita Semasa | mStar

Bekalan Air Pulih 97 Peratus Di Selangor, KL - Syabas

Diterbitkan: Selasa, 3 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekalan air di kawasan-kawasan terjejas ekoran pencemaran Sungai Selangor akibat tumpahan minyak Jumaat lepas telah 97 peratus pulih, menurut Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Syabas dalam kenyataannya pada Selasa memaklumkan pengguna air di Petaling dan Kuala Lumpur telah menerima bekalan air sepenuhnya manakala baki tiga peratus pengguna di Klang dan Shah Alam masih mengalami gangguan bekalan air termasuk tekanan rendah.

Bagi kawasan Klang dan Shah Alam, masalah bekalan air masih dihadapi 23,704 pengguna dari Seksyen 33, Seksyen 22, Seksyen 25, Seksyen 26, Seksyen 27, Seksyen 28, Kampung Kebun Bunga, Kampung Baru Hicom, Subang Mas, Batu 3 Shah Alam, Batu 8 Bukit Kemuning, Bukit Naga dan Kampung Lombong.

Bagi kawasan Gombak, bekalan air masih belum pulih sepenuhnya di Bandar Baru Ampang, Jalan Ampang, Kampung Ampang Campuran, Kampung Melayu Ampang, Kampung Tasek Permai, Taman Tasek Tambahan, Taman Bukit Utama dan Taman Dagang Jaya melibatkan jumlah akaun 8,875.

Kenyataan itu juga menyebut Syabas sedang giat menyusun semula sistem pengagihan air kawasan itu, namun usaha itu agak sukar kerana rezab bekalan air terawat amat tipis iaitu sekitar satu peratus walaupun loji rawatan air telah beroperasi pada tahap maksimum dan 'overload'.

"Oleh demikian, para pengguna yang terlibat dinasihatkan agak bersabar dan pengguna yang telah mendapat bekalan air disarankan agar menggunakan bekalan air secara berhemah dan tidak berlebihan bagi membantu mempercepatkan proses pemulihan air secara keseluruhan," katanya.

Syabas juga akan terus menggerakkan semua sumber yang ada untuk membantu menghantar bekalan air dan sehingga kini, sebanyak 43 lori tangki telah melakukan 529 trip penghantaran bekalan air dan 66 tangki statik diletakkan di lokasi strategik di kawasan yang terjejas. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan