Zainal Abu OCPD Seremban Yang Baharu

Diterbitkan: Isnin, 2 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: ACP Zainal Abu menyandang jawatan Ketua Polis Daerah Seremban yang baharu berkuatkuasa pada Isnin.

Beliau menggantikan ACP Saiful Azly Kamaruddin yang bertukar ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk memegang jawatan Penolong Pengarah Perjawatan (Pengambilan) Jabatan Pengurusan, yang disandang Zainal sebelum ini.

Majlis serah terima tugas antara kedua-duanya berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban dengan turut disaksikan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan