Utamakan Pembangunan Ekonomi Kaum India - Palanivel

Diterbitkan: Isnin, 2 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel akan mengutamakan pembangunan ekonomi masyarakat India di negara ini selepas mendapat sokongan parti untuk terus memimpin parti itu.

Beliau berkata, selain itu parti juga akan berusaha untuk membangunkan sosial dan pendidikan di kalangan masyarakat India.

"Saya akan meminta Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk menyediakan lebih peruntukan bajet untuk masyarakat India.

"Bagi menjadikan masyarakat India maju ke hadapan adalah dengan MIC perlu memainkan peranan penting untuk membangunkannya," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas diumumkan kekal memegang jawatan presiden parti dalam pemilihan presiden di Ibu Pejabat MIC di sini, Ahad.

Palanivel yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar berkata, beliau akan memberi fokus golongan berpendapatan rendah.

"Kebanyakan mereka mempunyai pendapatan di bawah RM1,000, iaitu kira-kira 30 peratus. Ada yang miskin.

"Kita perlu melihat semua ini secara serius kerana untuk membawa masyarakat India ke hadapan, kita perlu memperkukuhkan mereka dari aspek ekonomi, sosial dan pendidikan," katanya.

Mengenai pilihan raya jawatan lain dalam parti, Palanivel berkata, beliau akan mengendalikan jawatan kuasa pemilihan dan akan menyenaraikan Speaker Tetap parti, Tan Sri K. Kumaran bersama beberapa individu lain.

"Pemilihan bahagian dijangka akan bermula pada Oktober. Dan selepas itu, kira-kira 1,500 perwakilan bahagian akan dilantik. Dan selepas itu kita akan adakan pemilihan parti," katanya.

Ditanya sama ada beliau akan menentukan senarai calon, Palanivel berkata, parti mengamalkan kebebasan kepada semua untuk bertanding.

"Ini kerana mencadangkan senarai calon kesemuanya mungkin sukar tetapi saya juga tahu untuk membariskan calon-calon saya.

"Ramai yang akan bertanding untuk jawatan naib presiden maka saya perlu melihatnya dengan teliti," katanya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan