Umno Mula Simulasi Pemilihan Parti Minggu Depan

Diterbitkan: Isnin, 2 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Umno akan menjalankan simulasi kaedah baharu pemilihan parti selama tiga minggu mulai minggu depan.

Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusoh berkata simulasi itu akan meliputi semua sudut termasuk kaedah pendaftraran, undian dan perkiraan undi.

Beliau berkata Jawatankuasa Pemilihan akan bersidang pada Khamis depan dan wakil-wakil seluruh negara akan dipanggil untuk menjalankan simulasi di Pusat Latihan Umno di Janda Baik.

"Kaedah baharu ini akan memperlihatkan satu pendekatan terbaik dalam memilih pemimpin akar umbi.

"Ia akan dapat dibuat dalam tempoh tiga minggu sebelum pendaftaran calon bermula," katanya kepada wartawan pada majlis rumah terbuka Aidilfitrinya di sini pada Ahad malam.

Umno akan mengguna pakai sistem 'Electoral College' yang menggabungkan sistem pemilihan dari Amerika Syarikat dan United Kingdom bagi pemilihan parti kali ini.

Pendaftaran untuk calon-calon bertanding akan diadakan mulai 21 September. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan