Tiga Pelajar IPTS Maut Di Lebuh Raya Bukit Jalil

Diterbitkan: Isnin, 2 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiga pelajar institut pengajian tinggi swasta di Bandar Sunway maut manakala seorang pensyarah cedera parah selepas kereta yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Bukit Jalil menghala ke Puchong di sini, Ahad.

Penolong Pengarah Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata dalam kejadian 6.30 petang itu, kereta Proton Wira yang dipandu pensyarah berkenaan dipercayai terbabas lalu merempuh dua batang pokok di pembahagi jalan lebuh raya itu sebelum masuk ke laluan bertentangan dan melanggar kereta Toyota Estima.

"Pihak bomba menerima maklumat kejadian itu pada 6.48 petang dan tiba ke lokasi bersama dua jentera membabitkan 11 anggota kira-kira 10 minit kemudian.

"Kami dapat mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit di dalam kenderaan itu selepas menggunakan alat khas untuk memotong rangka kereta. Usaha mengeluarkan kesemua mangsa tamat kira-kira 8.30 malam," katanya kepada Bernama pada Ahad malam.

Azizan berkata siasatan awal pihaknya mendapati kereta yang dinaiki empat mangsa berkenaan dipercayai dari arah Bulatan Lumba Kuda menuju ke ke kolej mereka di Bandar Sunway, selepas pulang dari litar Speed City di Seri Kembangan.

Beliau berkata tiga pelajar jurusan automotif itu dikenali sebagai Mohd Nasharuddin, 20; Hafizuddin Nazri, 18; Zul Zyrean Zaharudin, 18; manakala pensyarah yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini dikenali sebagai Hairiee Mohamad Ali, yang berusia lingkungan 20-an.

Mayat ketiga-tiga mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan