Polis Sedia Siasat Pihak Kibar Bendera Sang Saka Malaya - Zahid Hamidi

Diterbitkan: Isnin, 2 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis sedia menyiasat pihak yang mengibar bendera 'Sang Saka Malaya' jika ada laporan dibuat mengenainya, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid.

Berikutan itu, katanya tindakan undang-undang juga boleh dikenakan terhadap kumpulan yang mempertikaikan status Jalur Gemilang.

Mengulas mengenai kumpulan tertentu yang mengibarkan bendera 'Sang Saka Malaya' pada sambutan ambang Merdeka di Dataran Merdeka Jumaat lepas, beliau berkata pihak yang tidak berpuas hati dengan insiden itu juga harus membuat laporan polis.

"Kita tidak boleh hina Jalur Gemilang dan mengatakan ia satu malapetaka. Kita tidak harus mempertikaikan perkara ini," katanya kepada wartawan pada majlis rumah terbuka Aidilfitri setiausaha kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh di sini, malam Ahad.

Katanya sebagai rakyat Malaysia yang mengaku taat setia kepada negara, soal mempertikai bendera kebangsaan harus dielakkan.

"Tidak sepatutnya ada orang pertikaikan Jalur Gemilang dan mahu menggantikannya dengan bendera lain.

"Kita harus terima hakikat bahawa dalam soal bendera, pengisytihrannya telah dilakukan oleh Perdana Menteri ketika itu," katanya.

Mengenai dakwaan penglibatan sesetengah pemimpin parti politik dalam kegiatan kongsi gelap, beliau berkata kerajaan tidak berkompromi mengenai perkara itu dan tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan