Ops 6P: 2,433 Pati Ditahan Dalam Tempoh 24 Jam

Diterbitkan: Isnin, 2 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Anggota Imigresen menjalankan operasi membenteras Pati di Bandar Baru Kampar, Ipoh, Perak awal pagi Isnin.
Anggota Imigresen menjalankan operasi membenteras Pati di Bandar Baru Kampar, Ipoh, Perak awal pagi Isnin.

PUTRAJAYA: Seramai 2,433 pendatang asing tanpa izin (Pati) berjaya ditahan dalam tempoh 24 jam sejak Ops 6P Bersepadu diadakan pada Ahad.

Kesemua yang ditahan antara 8,105 orang yang disiasat oleh pihak berkuasa dalam 40 operasi di seluruh negara, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Antara yang ditahan terdiri daripada 717 warga Indonesia, 555 warga Myanmar, Bangladesh (387) dan Nepal (229).

"Lain-lain warganegara yang turut ditangkap ialah Kemboja, Vietnam, India, Pakistan, Filipina, China, Nigeria dan Thailand," katanya pada sidang media di sini, Isnin.

Beliau berkata operasi yang bermula sejak Ahad, melibatkan 2,207 anggota dari pelbagai agensi termasuk Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Jelasnya, operasi itu akan diteruskan sehingga hujung tahun ini.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan