DBKL Tidak Roboh Kuil - Polis

Diterbitkan: Isnin, 2 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak merobohkan kuil di Jalan P. Ramlee di sini sebaliknya mereka cuba mengalihkan beberapa patung di dalam kuil itu ke kawasan sementara bagi membolehkan kerja membaik pulih jalan di kawasan kuil itu dilakukan.

Justeru, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad menafikan laporan sebuah portal yang melaporkan DBKL cuba merobohkan kuil berusia 101 tahun itu.

"DBKL cuma nak alihkan patung di kuil itu, bukan nak robohkan. Kalau dah siap (kerja membaik pulih), patung itu akan diletak semula di tempatnya," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Zainuddin mengulas penahanan lapan lelaki termasuk Ketua Pemuda MIC, T.Mohan kira-kira 11 pagi tadi kerana dipercayai cuba menghalang kerja-kerja DBKL itu.

Kesemua mereka diambil keterangan bagi membantu siasatan sebelum dibebaskan petang Ahad.

"Kita percaya ini adalah salah faham antara kumpulan lelaki itu dan DBKL. Mereka mungkin menyangka DBKL hendak merobohkan kuil tersebut," jelasnya. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan