Bekalan Air Di Hulu Selangor, Kuala Langat, Kuala Selangor Pulih Sepenuhnya

Diterbitkan: Isnin, 2 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Semua kawasan yang terlibat dengan gangguan air di Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor akibat pencemaran Sungai Selangor telah pulih sepenuhnya pada petang Ahad.

Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Air Selangor (Syabas) Priscilla Alfred berkata hanya beberapa kawasan di wilayah Petaling, Kuala Lumpur, Klang/Shah Alam dan Gombak masih mengalami gangguan bekalan air termasuk tekanan air rendah.

"Pencapaian ini hasil usaha berterusan dari pihak Syabas di dalam memantau dan mengendali urus program pemulihan bekalan air termasuk mendapatkan kerjasama dari operator loji rawatan air bagi menentukan rawatan air ke tahap maksimum," katanya dalam kenyataan di sini, Ahad.

Berikutan itu, jumlah akaun pengguna yang terjejas telah menurun kepada 194,949 iaitu 13 peratus daripada 880,00 akaun.

Bagi membantu kesulitan yang dihadapi pengguna Syabas, Priscilla berkata Syabas menggerakkan kesemua sumber yang ada bagi menghantar bekalan air melalui lori tangki dan tangki statik.

"Setakat ini, sebanyak 316 penghantaran lori tangki telah digerakkan, manakala sejumlah 176 tangki air statik pula diletakkan di lokasi-lokasi yang strategik di empat buah wilayah yang terganggu," katanya.

Namun, katanya Syabas tidak dapat menyediakan sumber yang mencukupi bagi memenuhi keperluan semua pengguna terlibat kerana jumlah pengguna yang sangat ramai.

Bantuan bekalan air lebih ditumpukan kepada premis-premis dan keperluan seperti hospital dan pusat perubatan, pusat-pusat dialisis, masjid-masjid dan majlis kematian untuk pemandian jenazah. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan