Armani Umum Pertahan Jawatan Exco Wanita Umno

Diterbitkan: Isnin, 2 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Exco Pergerakan Wanita Umno pusat, Datuk Armani Mahiruddin mengumumkan akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti Oktober depan.

Ketua Pergerakan Wanita Umno Sabah itu berkata keputusan itu sejajar dengan hasratnya untuk meneruskan khidmatnya kepada parti dan anggota Umno.

"Saya baru pegang dua penggal sebagai Exco Wanita Umno dan menawarkan diri bagi penggal ketiga," katanya kepada Bernama ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Naib Ketua Umno bahagian Kota Kinabalu Datuk Fatimah Sahra Mohd Noor di Luyang, dekat sini, Ahad.

Sebelum ini, Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Jainab Ahmad menawarkan diri bertanding jawatan Exco Wanita Umno manakala Ketua Wanita Umno Tenom Datin Rahmah Jan Sulaiman Khan, yang disebut-sebut akan bertanding bagi jawatan itu, belum membuat pengumuman rasmi.

Mengenai penyertaan banyak tokoh Wanita Sabah untuk merebut kerusi Exco Wanita Umno pusat, Armani yakin ia tidak menjejaskan peluang mereka kerana terdapat 20 jawatan exco Wanita yang bakal dipertandingkan.

Beliau juga optimis Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang juga anggota Parlimen Beaufort Datuk Azizah Mohd Dun, yang sebelum ini mengesahkan bertanding jawatan Naib Ketua Pergerakan Wanita Umno, akan mendapat sokongan daripada anggota Wanita Umno di seluruh negara. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan