Agong, Raja Permaisuri Tiba Untuk Lawatan Tiga Hari Ke Thailand

Diterbitkan: Isnin, 2 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah (kiri disambut oleh Putera Mahkota Thailand, Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn (kanan) di Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Thailand, di Bangkok pada Isnin.- fotoBERNAMA
Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah (kiri disambut oleh Putera Mahkota Thailand, Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn (kanan) di Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Thailand, di Bangkok pada Isnin.- fotoBERNAMA

BANGKOK: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah tiba di sini Isnin bagi memulakan lawatan negara selama tiga hari ke Thailand.

Pesawat khas yang membawa Seri Paduka berdua berlepas dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 10.15 pagi (Waktu Malaysia) dan mendarat di Pangkalan Tentera Udara Diraja Thailand di Don Mueang pada pukul 11 pagi (Waktu Thailand).

Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua serta delegasi Malaysia disambut Putera Mahkota Thailand, Putera Maha Vajiralongkorn dan Puteri Maha Chakri Sirindhorn.

Ini merupakan lawatan kali ketiga baginda ke negara Asean selepas Indonesia dan Brunei tahun lepas, sejak ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua pada 11 April tahun lepas.

Seri Paduka Baginda diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang merupakan Menteri Pengiring.

Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn kemudian memperkenalkan Tuanku Abdul Halim kepada Perdana Menteri Thailand Yingluck Shinawatra dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Tuanku Abdul Halim dan Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn kemudiannya ke pentas khas untuk istiadat sambutan negara dengan tembakan meriam 21 das dilepaskan dan diikuti lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.

Tuanku Abdul Halim dengan diiringi Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn kemudian memeriksa kawalan keselamatan.

Selepas itu Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berangkat ke Hotel Mandarin Oriental di mana Seri Paduka Baginda akan dipersembahkan dengan Kunci Kota Bangkok oleh Gabenor Kota Bangkok, Sukhumbhand Paribatra.

Persembahan kunci itu adalah istiadat sambutan simbolik untuk setiap ketua negara yang melawat Thailand.

Lewat petang ini, Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah akan berangkat ke Istana Klai Kangwon di Hua Hin.

Raja Bhumibol Adulyadej akan mengurniakan darjah kebesaran 'The Knight of the Most Ilustrious Order of the Royal House of Chakri (Thailand)' kepada Seri Paduka Baginda manakala darjah kebesaran 'Knight Grand Cross (First Class) of the Most Ilustrious Order of the Chula Chom Klao (Thailand)' kepada Raja Permaisuri Agong.

Pada Selasa, Yang di-Pertuan Agong akan menerima menghadap Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra di Hotel Mandarin Oriental.

Pada sebelah petang, Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah akan menghadiri majlis santapan negara di Chakri Throne Hall di Istana Besar, iaitu bangunan kompleks di Bangkok yang menjadi kediaman rasmi Raja Thailand sejak abad ke-18.

Dalam program berasingan, Tuanku Hajah Haminah akan mengadakan lawatan ke Rumah Palang Merah Kanak-Kanak Bangkok dengan diiringi Puteri Maha Chakri Sirindhorn.

Seri Paduka berdua dijangka berangkat ke Vietnam pula pada Khamis untuk melakukan lawatan negara selama tiga hari. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan