Palanivel Kekal Presiden MIC

Diterbitkan: Ahad, 1 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel menyerahkan borang pencalonan jawatan Presiden MIC kepada Pegawai Pengurus Jawatankuasa Komuniti 2013, Tan Sri K.Kumaran di Wisma MIC di Kuala Lumpur pada Ahad. -foto BERNAMA
Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel menyerahkan borang pencalonan jawatan Presiden MIC kepada Pegawai Pengurus Jawatankuasa Komuniti 2013, Tan Sri K.Kumaran di Wisma MIC di Kuala Lumpur pada Ahad. -foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel mengekalkan jawatannya apabila menang tanpa bertanding dalam pemilihan presiden parti di sini Ahad. Keputusan itu diumumkan oleh Speaker Tetap parti yang mengetuai Jawatankuasa Pemilihan, Tan Sri K. Kumaran.

Kumaran berkata, selepas penamaan calon ditutup, hanya seorang sahaja dicalonkan iaitu Palanivel dengan 617 pencalonan.

"Palanivel akan memegang jawatan Presiden MIC selama tiga tahun (sehingga 2016) atau sehingga pemilihan baru presiden parti diumumkan," katanya di Ibu Pejabat MIC di sini, Ahad.

Proses penamaan calon Presiden MIC dibuka dari pukul 10 pagi sehingga 12 tengah hari Ahad.

Jawatan Presiden MIC dipilih oleh 3,702 pengerusi cawangan di seluruh negara.

Palanivel yang merupakan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar memegang jawatan Presiden MIC sejak Disember 2010.

Beliau mengambil alih jawatan presiden parti selepas Datuk Seri S. Samy Vellu berundur setelah memegang jawatan itu selama 31 tahun.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan