MTUC Tolak TPPA

Diterbitkan: Ahad, 1 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa kerajaan untuk tidak menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) kerana ia akan memudaratkan kesejahteraan 12.5 juta pekerja di negara ini.

Presidennya Khalid Atan berkata kepada Bernama, maklum balas diterima daripada organisasi mesra buruh di Amerika Syarikat (AS) dan negara-negara lain menunjukkan golongan pekerja akan menjadi mangsa kepada perbadanan besar kerana ia mengutamakan keuntungan pemegang saham.

Beliau berkata perjanjian itu juga meminggirkan banyak konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) mengenai hak pekerja dan dengan itu akan mendedahkan pekerja di Malaysia kepada eksploitasi.

Katanya turut menjadi kebimbangan ialah kos penjagaan kesihatan di Malaysia yang kini telahpun meningkat 10 peratus setiap tahun dan akan semakin meningkat ekoran harga ubat yang mahal, sekali gus semakin membebankan pekerja khususnya dalam sektor swasta.

Khalid berkata perjanjian itu juga akan membenarkan firma AS menggaji pekerja asing dan dengan itu memberi tekanan kepada kadar upah dan menjejaskan matlamat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Menurutnya, perjanjian itu juga akan memberi hak kepada syarikat AS untuk menyaman kerajaan menerusi penyelesaian pertikaian pelabur.

Khalid berharap kerajaan akan memberi pertimbangan serius kepada nasib pekerja dan kesejahteraan negara secara menyeluruh sebelum menandatangani perjanjian itu kerana perbadanan besar akan "mengutamakan" kepentingan mereka. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan